PELAJARAN 9: MUNGKAR DICEGAH HIDUP BERKAT



عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم يَقُولُ: مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ. فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ. وَذَلِكَ أَضْعَفُ الإِيمَانِ.

Terjemahan: Sesiapa dalam kalangan kamu melihat sesuatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangan, sekiranya dia tidak mampu, maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya, sekiranya dia tidak mampu, maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya, dan (mengubah dengan hati) itulah selemah-lemah iman. (Hadis Riwayat Muslim)



  • Contoh mencegah kemungkaran dengan tangan:
Mencegah dengan tindakan yang keras atau kuasa yang dimiliki. Pihak berkuasa menjalankan OPS membanteras pusat perjudian haram.



  • Contoh mencegah kemungkaran dengan lisan:
Memberi teguran dan nasihat yang baik sekiranya tiada kemampuan atau sebarang kuasa.


  • Contoh mencegah kemungkaran dengan hati:
Menunjukkan rasa kurang senang terhadap sesuatu perbuatan mungkar dan menjauhkan diri daripada bergaul dengan pelakunya. (Cara mencegah dengan hati adalah selemah-lemah iman kerana kesannya hanyalah untuk kebaikan diri sendiri sedangkan kemungkaran tetap berlaku).



Ulasan